Páginas

Friday, 15 April 2016

119 DARIPADA 710 PENGIDAP TIBI DI TERENGGANU MENINGGAL DUNIA



MARANG –  Sebanyak 119 kematian akibat penyakit Tibi  dicatatkan daripada 710 kes  yang dikesan di negeri Terengganu sepanjang tahun lalu

Jumlah itu kata  Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata  berkurang sebanyak 19 kes berbanding  tahun sebelumnya.

Sebanyak  54,892 aktiviti saringan dijalankan  dalam tempoh tersebut menerusi  saringan kahak dan pemeriksasan  x ray  melibatkan   pesakiti tibidianetes pesakit HIV, warga emas, perokk, pesakit paru-paru kronik,  anggota kesihatan dan penghuni pusat  koreksional  seperti penjara dan CCRC. 

“Sehingga Mac tahun ini ,  terdapat 5 peskait  tibi jenis kuman Multi Drug Resistant (MDRTB), “katanya ketiak merasmikan   Sambutan Hari Kesihatan Sedunia    peringkat negeri Terengganu di  Bahagian Teknologi Pendidikan  (BTP) Marang.

Jelasnya, masih banyak kes tibi di kalangan masyarakat  yang belum dikesan  namun  tanggungjawab  untuk  memastikan penyakit Tibi tidak menular  dalam masyarakat bukan terletak di bahu Kementerian Kesihatan sahaja.

”Agensi kerajaan lain seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pendidikan dan  Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu berusaha  menerusi promosi kesihatan, pengesanan kes serta rawatan yang berkesan masih dijalankan secara berterusan, “ujarnya.

Selain itu,  Terengganu berada di kedudukan ke 7 dengan prevalen sebanyak 18.6 % meningkat dengan drastik  dari 11.6%  pada tahun 2011 dan 11.1% pada tahun 2006. Sebanyak 9.9% tidak mengetahui mereka mengidap diabetes manakala 8.7% telah mengetahui mereka mengidapnya.

Penyakit diabetes  memerlukan penjagaan perubatan secara berterusan dan pengurusan penjagaan kendiri pesakit dalam mencegah komplikasi  akut dan komplikasi jangka panjang dan penjagaannya adalah  kompleks  yang  memerlukan perhatian bukan hanya pengawalan glukosa dalam darah.

Majoriti pesakit  Diabetes Mellitus Ambulatori menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan memerlukan  purata kos langsung sebanyak  RM2,684.24 setahun.   Secara purata seorang pesakit  yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu membelanjakan RM1,400 hingga RM3,200 sebulan untuk menjalani  dialisis

Walau bagaimanapun, kerajaan telah berusaha  mewujudkan program- program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat  terhadap kepentingan mengambil cakna  kesihatan diri   menerusi  inisiatif  penubuhan  Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

KOSPEN   merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat  a melalui pemerkasaan masyarakat  mampu  menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease (NCD)  termasuk diabetes.

No comments:

Post a Comment