Páginas

Monday 11 April 2016

Islam Tegah Saudara Seagama Gelar Kafir - Dr Zakir

By Suriati Ali -  11 April 2016 0


Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengakui ada di kalangan orang islam masa kini sanggup menggelar saudara seagama sebagai kafir dan pelbagai nama lain yang boleh mengaibkan maruah.


Katanya, dalam al-Quran jelas melarang berkata sedemikian kerana hanya Allah dan Rasul berhak menghakiminya, maka dia menyeru ummah untuk sentiasa berada dalam jemaah dan bersatu atas nama Islam.


“Masyarakat Islam perlu bersatu hati, selain sentiasa berada dalam jemaah agar perpaduan terus utuh dan tidak tercalar dengan pelbagai persengketaan.

“Walaupun terpalit dengan pelbagai isu antara pelbagai kaum, perlu menyelesaikannya secara terbaik berpandukan al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Menurutnya, masyarakat islam perlu ingat perkara itu kerana semakin hari  kedudukan kita sebagai umat islam disifatkan lemah disamping sikap yang suka mengkritik sesama sendiri.


“Lebih malang apabila mereka cenderung bergaduh dalam isu-isu kecil sedangkan, 95 peratus penyelesaian kepada setiap perbezaan pendapat yang timbul itu boleh diperoleh dengan merujuk kepada Quran dan Sunnah,”katanya

Beliau menyatakan demikian dalam ceramah bertajuk Pentingnya Perpaduan Di Kalangan Umat Islam di hadapan lebih 30,000 orang Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi bagi mendengar kuliah pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment