Páginas

Monday 18 April 2016

Program Bulan Madu Kali Kedua menyelamatkan lebih 1,000 pasangan daripada bercerai sejak ia dilaksanakan


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, hanya 18  daripada 1,094 orang yang menyertai program itu bercerai.

Menurut beliau , kerajaan negeri juga membawa semua peserta yang mendaftar untuk bercerai di pejabat agama di Terengganu menghadiri seminar dan program kekeluargaan yang dianjurkan.

Melalui seminar ini kami sedaya upaya cuba menyelamatkan perkahwinan mereka,” katanya selepas merasmikan seminar “Power Parenting” anjuran MAP Training & Consultancy Sdn Bhd di Stadium Tertutup Gong Badak disini semalam.

Seminar sehari itu dibarisi tiga panel terkenal iaitu Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

1 comment:

  1. Assalammualaikum.. boleh tahu bila lagi program seperti ini akan dijalankan kerana kami suami isteri ingin menyertainya.

    ReplyDelete