Páginas

Thursday, 22 October 2015

700 Anggota Bomba Di Terengganu Siap Sedia Hadapi Banjir

AUTHOR: MASTURA JAMALDIN 22 OCTOBER 2015

Sebahagian anggota Bomba yang menyertai Kursus Simulasi Banjir di Tasik Kenyir.
*****
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku di beberapa daerah di negeri ini, sepanjang musim tengkujuh yang akan tiba tidak lama lagi.


Ketua Cawangan Pengurusan Balai dan Operasi Bomba Negeri, Mohamad Zulkhairul Mohamad Razilah berkata pihaknya sudah mengatur pelan perancangan dan analisis risiko termasuk kekuatan anggota dan aset bagi mengatasi bencana alam itu, termasuk latihan menghadapi banjir.

Menurutnya, semua anggota termasuk dari Balai Bomba di setiap daerah sentiasa bersedia untuk tugas menyelamat, terutama dalam aspek logistik, keanggotaan dan persekitaran.

“Kita memang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan seperti Hulu Dungun dan Kemaman melalui beberapa siri latihan yang dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran pegawai dan anggota.

“Antara latihan yang difokuskan ialah menyelamat di air, pengendalian bot dan pelbagai latihan pertolongan cemas. Malah, jentera dan bot yang akan digunakan telah diselenggara dengan baik bagi melancarkan operasi yang dijangka bermula bulan ini hingga awal tahun depan,” katanya  kepada pemberita selepas kursus simulasi banjir di Tasik Kenyir semalam.

Kursus selama tiga hari itu telah dilaksanakan di Tasik Kenyir disertai seramai 30 peserta dari balai bomba seluruh Terengganu  dengan bimbingan lima jurulatih bertujuan memberi pendedahan kepada kemahiran dan kecekapan anggota yang terlibat.

Zulkhairul berkata  bagi menghadapi bencana itu seramai 700 pegawai dan anggota serta aset diletakkan didalam keadaan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mampu digerakkan jika memerlukan pada bila-bila masa.

Menurutnya lagi,sekiranya di lihat berdasarkan pengalaman lalu banjir besar ini sering melanda di kawasan-kawasan pedalaman seperti Hulu Dungun dan Kemaman dan sebagai langkah awal kita akan menempatkan anggota dikawasan terbabit bagi bantuan peringkat awal sebelum bantuan lain tiba.

Selain itu komuniti setempat juga memainkan peranan penting dalam membantu agensi keselamatan menghadapi bencana banjir.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment