Sultan Mizan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Sepiah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1437 Hijrah di Wisma Darul Iman, Kuala Terenggannu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini lebih berwaspada dengan berita-berita yang disebarkan atau disiarkan melalui laman media sosial.Baginda dalam titahnya melahirkan rasa bimbang apabila berlakunya penyebaran viral berita-berita palsu dan fitnah yang berleluasa melalui jaringan komunikasi media baru seperti Facebook, WhatsApp, laman blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Katanya, tindakan itu dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan perpaduan umat Islam.
Anugerah Keluarga Mithali dimenangi Wan Yussof Wan Mohammad dari Kampung Maksom, Alor Lintah,Besut.
*****
“Beta menyeru agar muslimin dan muslimat lebih berhati-hati dengan berita-berita yang disebarkan atau disiarkan dalam media sosial.“Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan melalui komunikasi media baru menyebabkan ada darah yang tertumpah, kehormatan tercalar dan juga hubungan persaudaraan terputus,” titah baginda.
Baginda bertitah, lebih menyedihkan ada dik alangan suami isteri berpisah dan bangsa serta negara saling bermusuhan kerana terperdaya dengan berita palsu dan tidak benar.
“Beta menyeru umat Islam supaya sentiasa bersangka-baik, bersatu-padu dan bekerjasama untuk memastikan negeri dan negara terus maju, aman dan harmoni,”katanya.
Mohd Razak menerima Anugerah OKU
*****
Sultan Terengganu bertitah dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1437 Hijrah di Wisma Darul Iman, Kuala Terenggannu, hari ini. Turut berkenan berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.Pada majlis itu Sepiah Mohamad, 65, yang juga Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa pada 1998 dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 Hijrah.
Sepiah berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah dengan nilaian RM10,000, sepersalinan pakaian, piala iringan dan sijil penghargaan. Anugerah Keluarga Mithali pula dimenangi oleh Wan Yussof Wan Mohammad dari Kampung Maksom, Alor Lintah Besut.
Manakala bagi anugerah Orang Kurang Upaya (OKU) digondol Mohd Razak Che Awang dari Permaisuri, Setiu. Tiga anugerah itu adalah sebahagian daripada 11 anugerah pelbagai kategori disampaikan Sultan Mizan.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment