Páginas

Sunday 11 October 2015

Pesona Terengganu Mahu Pungut Suara Rakyat

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 8 OCTOBER 2015


Hari terbuka antara program yang diselitkan sempena Pesona Terengganu 2015 yang akan diadakan selama lima hari di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula 29 Oktober ini.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata hari terbuka tersebut diadakan bagi mempamerkan hasil yang diperolehi sepanjang bengkel Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) baru-baru ini.

“Melalui hari terbuka ini, kita akan kemukakan pelan utama pembangunan negeri bermula tahun ini sehinggan 10 tahun akan datang.

“Jadi di sini, pihak kerajaan negeri dapat mendengar ulasan dan reaksi dari semua peringkat terutama daripada rakyat Terengganu sendiri tentang perancangan serta cadangan bagaimana pembangunan yang mereka mahukan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam sidang media Promosi Pesona Terengganu 2015 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafei dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Uasahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud.


Sebanyak 499 pelekat kenderaan diedarkan kepada 10 buah persatuan teksi seluruh negeri dalam mempromosikan program yang julung kalinya diadakan itu.

Ahmad Razif berkata konsep inklusif yang diguna pakai dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) itu amat bertepatan bagi perkongsian idea bagi membangunkan negeri.

“Melalui prinsip utama dalam TTB iaitu inklusif, suara rakyat suara keramat ini merupakan cara terdekat pemimpin untuk berkongsi idea bersama rakyat bagi pembangunan negeri.

“Melalui respon yang diberikan oleh rakyat, kita akan keluarkan satu pelan sebenar pembangunan negeri bagi tempoh 10 tahun bermula 2015 sehingga 2015,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment