Projek bernilai RM2.4 bilion menghubungkan LPT2 dari Gemuruh, Kuala Nerus ke Tumpat Kelantan itu dirancang bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak seperti musim perayaan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan LPT3 akan dapat mengatasi masalah aliran trafik yang lebih lancar di Daerah Setiu dan Besut selain mempercepatkan perjalanan ke Kelantan.
Katanya, lebuh raya sepanjang 124 kilometer itu kini menunggu keputusan dari Kerajaan Pusat dan berharap ia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
“Kerajaan sedar masalah yang dihadapi penduduk terutama pengguna jalan raya di Bandar Jertih menyebabkan berlaku kesesakkan setiap kali musim cuti,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival TTB Daerah Besut di Jertih malam tadi.
Mengenai LPT2 Menteri Besar berkata, laluan terbabit walaupun menimbulkan pelbagai isu dan tanggapan negetif ia tetap menjadi pilihan utama pengguna jalan raya di Pantai Timur terutama dari penduduk Kelantan yang turut menggunakan laluan itu.
Katanya, ketika ini ada 25,000 kenderaan direkodkan bergerak menggunakan LPT2 dalam sehari manakala pada waktu cuti ia meningkat kepada 100,000 kenderaan sehari.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment