Páginas

Monday 5 October 2015

Jerebu : Semua Sekolah Di Terengganu Cuti Dua Hari

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 4 OCTOBER 2015


Semua sekolah Semenanjung termasuk Terengganu kecuali Kelantan diarahkan ditutup selama dua hari bermula esok disebabkan keadaan jerebu yang kian meruncing.


Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata beliau telah menerima arahan dari pihak Kementerian Pendidikan sejurus ianya diumukan.

“Saya menerima arahan dari pihak kementerian agar sekolah di negeri ini ditutup pada 5 dan 6 Oktober kerana jerebu yang melanda di negara ini.

“Pihak kementerian juga berkata bahawa sekolah yang ditutup akibat daripada jerebu tidak perlu diganti semula,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Terengganu 2015 di Sekolan Menengan Kebangangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Shafruddin berkata bagi sekolah berasrama penuh, mereka turut diberi cuti dan terpulang pada ibu bapa untuk membawa pulang anak mereka ataupun sebaliknya.

“Ibu bapa dibenarkan untuk membawa pulang anak-anak mereka kerana cuti diberikan adalah selama dua hari namun demikian bagi pelajar yang tidak pulang, warden asrama masih ada bagi mengawasi aktiviti mereka,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment