Páginas

Sunday, 25 October 2015

MB Hadiri Solat Hajat Mohon Kecemerlangan Calon Peperiksaan Awam

AUTHOR: FAUZI MOHD 23 OCTOBER 2015


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghadiri Majlis Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena peperiksaan awam peringkat negeri di Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus malam tadi.


Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Tahun ini, bilangan calon yang menghadapi peperiksaan awam meningkat iaitu SPM seramai 21,235 orang, STPM (2,229), STAM (171) dan PT3 (21,794).


Ahmad Razif dalam ucapannya yakin pihak sekolah dan guru telah bekerja kuat selaras dengan slogan Jabatan Pendidikan Negeri iaitu ‘Memperkasakan Transformasi Pendidikan’.

“Hasrat kerajaan negeri untuk terus melihat Terengganu menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan di Malaysia,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment