Páginas

Wednesday 7 October 2015

Pesona Terengganu Sasar Setengah Juta Pengunjung

AUTHOR: NORAINI JUSOH 6 OCTOBER 2015


Seramai 500,000 pengunjung dijangka mengunjungi Pesona Terengganu 2015 yang akan diadakan selama lima hari di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula 29 Oktober ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, ketika ini segala persiapan untuk mengadakan program julung kali dianjurkan kerajaan negeri itu berjalan lancar.

“Penganjuran program ini bagi mengetengah dan mempromosikan pelbagai tarikan di ne­geri ini dalam pelbagai bidang termasuk sektor pelancongan.

“Pelbagai pengisian disediakan menerusi lapan segmen yang ditampilkan iaitu Tansformasi Terengganu Baharu, Industri Kecil Sederhana dan keusahawanan, pelancong­an, pendidikan dan sains, ekonomi dan pelaburan, kebudayaan dan kesenian, pertanian, serta sumber manusia dan sukan,” ujarnya.

Katanya, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment