Páginas

Sunday 11 October 2015

Terengganu Mohon Program Tukar TCS Ke Jabatan Persekutuan

AUTHOR: SURIATI ALI 11 OCTOBER 2015


Kerajaan negeri akan memohon daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan program pertukaran Pegawai Tadbir Negeri (TCS) ke Jabatan Persekutuan di luar Terengganu sebelum ditawarkan kenaikan pangkat.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program tersebut kekosongan jawatan TCS di jabatan kerajaan negeri boleh diisi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) daripada kerajaan pusat.

Katanya, pendekatan itu sebagai inisiatif berkongsi idea, menambah baik skop kerja dan meningkat penguasaan ilmu pengetahuan.

“Bagaimanapun perkara itu terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana melibatkan akta-akta tertentu.

“Perkara sama juga boleh diguna pakai sebagai latihan kepada TCS yang baru dilantik untuk bersama- sama PTD menjalani latihan dalam tempoh tertentu sebelum diserapkan ke jawatan tetap,” katanya

Beliau kepada demikian selepas merasmikan Hari Terbuka Psikologi Negeri Terengganu 2015, di Wisma Daru Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Hadir sama,  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Ahmad Razif memberitahu, langkah itu sudah pasti membina hubungan kukuh antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Katanya, apabila hubungan dapat diperkukuhkan banyak perkara baru dapat dikongsi, bertukar pengalaman, bakat dan kebolehan.

“Pihak kami berharap perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin sekiranya mendapat kelulusan JPA,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment