Dato' Ahmad Maslan bersama peserta pidato. Foto oleh Tngku Syamim Tengku Ismail.
*****
Penerangan UMNO setiap bahagian di seluruh Malaysia disarankan agar menganjurkan sekurang-kurangnya dua ceramah setiap bulan bagi mengupas isu-isu semasa.Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato’ Ahmad Maslan berkata jawatankuasa penerangan di setiap bahagian haruslah bergiat lebih aktif dalam mengupas dengan lebih lanjut tentang isu semasa agar rakyat lebih memahami lebih menyeluruh.
“Sebagai contoh, pihak penerangan boleh mengupas lebih lanjut tentang Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam.
“Rakyat rasa gelisah bila GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara pada zaman kini. Jadi kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah,” katanya.
SYA_1084
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Pidato UMNO Peringkat Zon Timur di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Seramai 42 peserta menyertai pertandingan pidato bagi Zon Timur yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ahmad berkata tujuan pertandingan tersebut adalah untuk meramaikan penceramah umno yang berkaliber.
“Pertandingan ini melibatkan tiga kategori iaitu Lelaki (41-60 tahun), Wanita (41-60 tahun) dan Belia yang berumur 21 hingga 40 tahun.
“Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencari pelapis penceramah terutamanya dalam memberi kupasan tentang isu semasa serta memberi penerangan yang lebih dalam kepada rakyat,” katanya.
Tambahnya hadiah pertandingan bai pusingan akhir turut meningkat sekali ganda pada tahun ini bagi memberi lebih galakan kepada peserta.
“Juara akan membawa pulang wang tunai RM20,000, Naib Juara (RM15,000), tempat ketiga (RM10,000) dan saguhati pula sebanyak RM2,000 seorang.
“Peringkat akhir akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 Disember ini,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment