Páginas

Sunday 25 October 2015

Terengganu Guna Khidmat J3K Atasi Kemiskinan Rakyat

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 25 OCTOBER 2015

Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama kepimpinan J3K Kayu Kelat yang menjadi Johan bagi Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Terengganu 2015 di Kampung Kayu Kelat, Jertih, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kerajaan Negeri mengunakan khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) untuk membantu membasmi kemiskinan rakyat di negeri ini.


Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, J3K adalah antara organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan mampu mengenal pasti kedudukan rakyat di kampung masing-masing.


Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 2,000 penduduk negeri ini yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan usaha mengurangkan perkara itu sedang diatasi.

Sehubungan itu, katanya J3K dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan digembelingkan untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar kemiskinan yang berlaku di kampung.

Menteri Besar berkata demikian kepada media selepas Penyampaian Hadiah Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Terengganu 2015 di Kampung Kayu Kelat, Jertih, semalam.


Hadir Sama Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut; Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih; ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman; ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh.

Ahmad Razif berkata, usaha untuk mencapai tahap sifar dalam membasmi kemiskinan amat sukar dilakukan kerana keadaan sosio ekonomi yang sentiasa berubah dan kerajaan hanya berupaya untuk mengurangkan kadar berkenaan sahaja.

Sementara itu, J3K Kayu Kelat, Besut diumumkan sebagai pemenang pertama ADSM1M dan mendapat hadiah RM12,000. Tempat kedua J3K Guntung Luar dengan hadiah RM10,000 dan ketiga J3K Rawai, Marang, RM8,000.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment