Pengurus Promosi Sekretariat Pesona Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata pada 2013, seramai 4.037 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu dengan menyumbang sebanyak RM4.361 billion kepada ekonomi negeri.
Manakala pada 2014, seramai 4.517 juta pengunjung dengan menyumbang sebanyak RM4.52 billion kepada ekonomi negeri walaupun pelbagai isu yang melanda negara sepanjang tahun lalu seperti tragedi MH370, MH17 dan banjir besar.
“Pengunjung ke Pulau Redang pula merekodkan peningkatan sebanyak 29.86 peratus pada 2014 berbanding 2013 (158,423 orang pelancong pada 2014 dan 121,989 orang pelancong pada 2013).
“Pengunjung ke Pulau Perhentian juga merekodkan peningkatan sebanyak 15.46 peratus pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya. (159,481 orang pelancong pada 2014 dan 138,118 orang pelancong pada 2013),’’ katanya.
Ahmad Fathil berkata, pelancong ke Tasik Kenyir juga bertambah sebanyak 38.85 peratus pada tahun lalu, berbanding tahun 2013 (649,394 orang pada 2014 dan 467,678 orang pada 2013.)
Katanya, hasil kajian dan rekod pelancongan domestik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak 2008 iaitu 9,593,000 pelawat pada 2013, berbanding 1,924,000 pelawat (2008).
Dalam pada itu, Terengganu akan menampilkan kelainan sempena Pesona Terengganu bermula 29 Oktober hingga 2 November ini, apabila menegetengahkan konsep pavilion pelancongan, kebudayaan dan kesenian bagi memberi pengalaman kepada pengunjung untuk menyusuri dan menjejaki keunikan produk serta destinasi pelancongan yang terdapat di setiap daerah.
Karnival julung kali yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menyediakan pakej Jejak Pelancongan itu bakal menyajikan pelbagai aktiviti seni budaya dan warisan negeri seperti persembahan muzik gamelan, demonstrasi menjahit atap, tenunan songket, batik, anyaman kercut, ukiran kayu dan juga tumbuk emping.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment