Páginas

Sunday, 11 October 2015

YPKT Buka Peluang Hadiri Temuduga Pengurus Kediaman

AUTHOR: SURIATI ALI 8 OCTOBER 2015


Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mempelawa golongan wanita terutama ibu tunggal dan penduduk miskin di negeri ini bekerja sebagai pengurus kediaman (Home Manager) dengan pendapatan RM900 sebulan.


Pengurus Projek Home Manager YPKT, Kamarulzaman Awang berkata, sebanyak 50 kekosongan dibuka kepada individu yang berminat dan ditambah dari masa ke semasa sekiranya mendapat permintaan tinggi.

Katanya, YPKT tidak mengenakan syarat ketat, cukup sekadar memiliki Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah.

“Lepasan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah juga layak memohon dengan syarat mempunyai minat yang tinggi, bertanggungjawab, jujur dan amanah.

“Gaji yang ditawarkan RM900 sebulan beserta beberapa keistimewaan lain, termasuk ditawarkan pinjaman motosikal tanpa faedah dan dilindungi insurans berkelompok,” katanya ketika dihubungi Teganukita.my

Menurutnya, kelebihan lain menceburi kerjaya itu adalah mendapat perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Pihak kami turut menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang sukar berulang-alik dari rumah ke tempat kerja,”katanya.

Kamarulzaman memberitahu taklimat mengenai kerjaya dan temuduga Home Manager akan diadakan di YPKT Kuala Nerus, Jalan Lapangan Terbang pada 19 September (Isnin) ini.

“Orang ramai dipelawa hadir dengan membawa sijil-sijil berkaitan, selain perlu mengenakan pakaian bersesuaian bagi tujuan temuduga .

“Mereka yang terpilih perlu menjalani latihan selama sebulan di rumah majikan dengan bayaran elaun RM700 , sebelum diserap tetap dengan pendapatan RM900 sebulan,”katanya. Sebarang pertanyaan buleh hubungi talian 09-6205570.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment