Páginas

Thursday 22 October 2015

Ketengah Tubuh Jawatankuasa Penyelarasan Banjir

AUTHOR: FAUZI MOHD 21 OCTOBER 2015


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menubuhkan unit khas untuk membantu pihak berkuasa tempatan melicinkan proses pemindahan banjir penduduk wilayah berkenaan tahun ini.


Pengurus Besarnya, Dato’ Wan Mat Amin Wan Daud berkata, unit dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelarasan Banjir Wilayah Ketengah itu terdiri daripada sukarelawan dan pelbagai agensi yang terdapat di wilayah tersebut.

“Kita turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan pelbagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Jawatankuasa ini akan membantu pihak berkuasa menyelaras mangsa banjir, dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Terengganu yang terletak di bandar Al Muktafi Billah Shah akan menjadi Pusat Penyelarasan Banjir bagi wilayah Ketengah,” katanya semalam.

Wan Mat Amin berkata sehingga kini, pihaknya mempunyai 40 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Ketengah, dan mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.

“Di wilayah Ketengah, biasanya Hulu Dungun adalah kawasan paling terjejas teruk banjir, dan inilah masanya untuk pihak pengurusan Ketengah turun padang membantu masyarakat.

“Kita akan turut mengagihkan bantuan makanan dan menggunakan aset Ketengah seperti bot untuk membantu mangsa banjir,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment