Páginas

Monday 12 October 2015

Ketua Yang Bagus Perlu Jadi Contoh

AUTHOR: NORAINI JUSOH 12 OCTOBER 2015


Antara kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin yang bagus  ialah mempunyai visi yang jelas, fizikal dan stamina yang kuat serta kemahiran komunikasi yang baik, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato’ Dr Abd Halim Mohd Hussin.


Katanya, setiap orang berpotensi untuk menjadi pemimpin, tetapi mesti memilih untuk jadi yang terbaik.

“Seorang ketua yang bagus mesti memahami serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.

“Selain itu, individu tersebut mestilah seorang yang bersemangat dan sentiasa komitmen dan mempunyai emosi yang stabil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Seminar ‘Physcho-Boss’ sempena Hari Terbuka Psikologi Negeri Terengganu 2015, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, ketua yang bagus perlu menjadi contoh kepada anak buah dan jangan sesekali menunjukkan kelemahan.

Difahamkan, kaedah ‘mentoring-coaching’ merupakan satu kaedah praktikal yang boleh digunapakai oleh setiap individu yang memegang peranan sebagai bos atau pemimpin sesebuah organisasi.

‘Mentoring’ ialah pemberian nasihat, maklumat atau bimbingan yang diberikan oleh individu yang berpengalaman, berkemahiran atau mempunyai kepakaran.

‘Coaching’ ialah satu proses interaktif antara ketua dan pegawai bawahan berbincang untuk menyelesaikan masalah kerja atau membangunkan prestasi kerja.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment