Páginas

Thursday 22 October 2015

Sekretariat Tabung Darul Iman Beroperasi Bulan Depan

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 21 OCTOBER 2015

Ahmad Razif ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Terengganu bakal menyelaraskan semua dana bantuan melibatkan Tabung Penyakit Kronik, Tabung Dana Sosial Perubatan dan Tabung Darul Iman menerusi satu saluran yang diuruskan Sekretariat Tabung Darul Iman,  bermula bulan depan.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sekretariat yang dijangka akan beroperasi di kawasan Paya Keladi, Kuala Terengganu dibangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) .

“Rakyat Terengganu yang miskin dan memerlukan bantuan melibatkan pelbagai penyakit dan sosial (kesihatan) boleh mendapatkannya di sekretariat yang baharu diwujudkan ini nanti.

“Sumbangan dan derma daripada penaja juga akan dimasukkan ke dalam (satu tabung) Tabung Darul Iman ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Sementara itu, kerajaan negeri akan menyalurkan RM1 juta daripada keseluruhan agihan FELCRA Berhad berjumlah kira-kira RM18.6 juta yang diterima hari ini, ke dalam Tabung Darul Iman.

Menurutnya, RM1 juta itu dikhaskan untuk pembelian bekalan pampers dan juga susu bagi meneruskan bantuan pembiayaan peralatan kesihatan untuk kegunaan pesakit kronik di seluruh Terengganu.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment