Páginas

Monday 5 October 2015

Terengganu Terima Amphicoach Disember Ini

AUTHOR: FAUZI MOHD 4 OCTOBER 2015

Gambar hiasan : Amphicoach
*****
Kerajaan Terengganu akan menerima amphicoach (bas amfibia) yang ditempah khas daripada Malta pada Disember ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu Kepada Kompleks Desa Taqwa di Kuala Telemong, petang semalam.

Kenderaan dua alam itu bakal manjadi tarikan baharu pelancongan di Terengganu khususnya di Tasik Kenyir. Sehingga kini, terdapat hanya 12 buah amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan itu hanya mengeluarkannya berdasarkan tempahan khas.

Bas itu boleh memuatkan seramai 50 penumpang dengan kelajuan maksimum 8 knot di dalam air, manakala di atas jalan raya 120 kilometer sejam.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment