Páginas

Thursday, 22 October 2015

CDERT Ditubuh Bantu Komuniti Berdepan Bencana

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 21 OCTOBER 2015


Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CDERT) ditubuhkan bagi membentuk satu komuniti yang lebih peka terhadap bencana.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Dato’ Zaitun Ab Samad penubuhan CDERT juga untuk memudahkan ketua kampung mengumpul data lengkap di kawasan masing-masing.


“Buat masa sekarang data berkenaan memang sudah ada, namun ia perlu lebih lengkap agar bantuan dihantar lebih tersusun dan sesuai untuk golongan sasar.

“Contohnya, kalau ada warga emas di kampung berkenaan, berapa jumlahnya, apakah keuzurannya, begitu juga dengan bayi agar bantuan segera seperti susu dan makanan bayi boleh dihantar secepat mungkin,” katanya kepada pemberita.

Hadir melancarkan pasukan itu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh.

Turut hadir, ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Pengarah JPAM Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

Seramai 140 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terlibat dalam program tersebut.

Tambah Zaiton, dengan data yang lengkap, bantuan boleh dihantar kepada mangsa bencana lebih tersusun dan sesuai untuk golongan sasar.

Disamping itu, beliau berkata penubuhan CDERT juga bertujuan untuk memberi latihan kepada JKKK dalam memberi komunikasi kepada penduduk setempat sekiranya terjadi bencana.

“Dengan adanya CDERT, kita juga mahu ketua kampung dan komuniti setempat sentiasa berkomunikasi dan menyedarkan orang ramai agar segera berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku, ” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment