Páginas

Monday 26 October 2015

Golden Pharos Tandatangani 5 MoU Berkaitan Industri Perkayuan

AUTHOR: SURIATI ALI 25 OCTOBER 2015


Pengerusi Golden Pharos, Dato’ Seri Abdul Rahman Bakar bertukar dokumen MoU sambil disaksikan Ahmad Razif. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim
Anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad, hari ini menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) berkaitan produk berasaskan kayu yang bakal dikomersilkan.


Ia disaksikan Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Perasmian Penutup Pameran Perkayuan Antarabangsa Terengganu di Pusat Dadagan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Lima MOU yang ditandatangani ialah bersama Terengganu Timber Industry Training Centre;Cymao Holdings Berhad; UE E&C Sanjia (M) Sdn.Bhd; Dongwha Malaysia Sdn.Bhd dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Turut hadir, Pengerusi Golden Pharos, Dato’ Seri Abdul Rahman Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Mohd Adawi Ton Omar.

MoU itu bagi meletakkan kerangka kerjasama pada masa depan dengan pihak-pihak yang berkenaan dalam menggunakan sumber-sumber dan kepakaran masing-masing dalam bidang latihan industri.

Pada masa sama, sektor perkayuan, perkilangan, pembinaan, pembangunan usahawan, dan lain-lain bidang yang boleh memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dan juga industri di Terengganu secara amnya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment