Program itu diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan rakyat hidup cerdas dan cergas.
Program peringkat negeri akan disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terenganu.
Jurucakap rogram itu, Fitri Mahmud berkata, pelancaran itu sebagai gimik sambutan secara serentak di seluruh Terengganu membabitkan peringkat parlimen, daerah, kampung dan sekolah.
Katanya, puluhan aktiviti akan diadakan, termasuk senamrobik, larian, berbasikal, bola sepak pantai, bola tampar dan bola jaring Lokasi pelancaran bagi Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan di Taman Awam Bukit Besar, Kuala Nerus (Komplek Sukan Gong Badak), Kemaman (Pantai Teluk Mok Nik, Besut ( Mini Stadium Kampung Raja dan Dungun (Dataran Arena Merdeka).
“Manakala Hulu Terengganu pula di Padang Astaka, Marang (Dataran Pejabat Daerah Marang) dan Setiu pula di Stadium Sungai Tarom.
“Orang ramai diminta bersama-sama memeriahkan program itu di lokasi pelancaran berdekatan sebagai usaha melahirkan masyarakat sihat dan cerdas,” katanya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment