Páginas

Sunday 25 October 2015

250 Calon SPM Dapat Manfaat Tuisyen Percuma Pemuda UMNO

AUTHOR: FAUZI MOHD 23 OCTOBER 2015


Seramai 250 calon SPM 2015 daripada lima buah sekolah mendapat manfaat menerusi Program Tuisyen Percuma anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus.


Program yang memberi fokus kepada pelajar miskin dan kurang berkemampuan itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir, SMK Bukit Tunggal, SMK Bukit Guntong, SMK Ibrahim Fikri dan SMK Kompleks Seberang Takir.

Kelas bimbingan daripada guru-guru  pakar yang bermula sejak Julai lalu itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Yayasan Pelajaran MARA dan anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad.

Perasmian Penutup program itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus di SMK Kompleks Seberang Takir, pagi tadi.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Khairuddin Abdul Majid berkata, program itu meletakkan sasaran untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015.

“Penggunaan guru-guru pakar dan cemerlang ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar sekaligus melengkapkan mereka dalam menghadapi situasi peperiksaan yang sebenar,” katanya semasa berucap di majlis tersebut.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik; Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan Pegetua-Pengetua sekolah berkenaan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment