Páginas

Wednesday, 7 October 2015

Festival Gamelan Sedunia Tarik Penyertaan Jepun, United Kingdom

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 7 OCTOBER 2015

Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman merasmikan Majlis Pra Pelancaran Festival Gamelan Sedunia 2015 di Muzium Negara, Kuala Lumpur, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Festival Gamelan Sedunia 2015 bakal berlangsung bermula 24 Oktober ini bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.


Festival kali keempat yang berlangsung selama tiga hari ini akan menghimpunkan 13 kumpulan gamelan dari dalam dan luar negara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman disamping penganjuran festival tersebut, Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2015 turut diadakan.

“Bagi Festival Gamelan Sedunia 2015, 13 kumpulan gamelan dari dalam dan luar negara mengesahkan penyertaan mereka antaranya Kumpulan Kayu Gangsa UK Malay Gamelan dari United Kingdom, Kumpulan Samurai Wasabi dari Jepun, Kumpulan Sanggar Bramawijaya dari Indonesia dan Kumpulan SUKTRA dari Terengganu.

“Namun demikian, pada 20 dan 21 Oktober kita turut mengadakan Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2015 di tempat yang sama dengan festival gamelan,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Festival Gamelan Sedunia 2015 di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Turut hadir Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah dan Pengurus Promosi Tourism Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.

Tambahnya melalui festival itu, ia dapat memperkenalkan Terengganu secara khususnya dan Malaysia secara amnya bukan sahaja sebuah destinasi pelancongan menarik malahan juga sebagai destinasi seni, budaya dan warisan.

Selain itu, festival gamelan pada kali ini turut diadakan bengkel khas kepada peminat gamelan bagi memastikan seni warisan anak bangsa tidak terus hilang dibawa arus kemodenan.

“Festival ini diadakan sebagai medan untuk seluruh pencinta gamelan dari saentero dunia bertemu dan seterusnya saling bertukar kepakaran serta buah fikiran dalam usaha menglobalisasikan gamelan dalam konteks antarabangsa.

“Sepanjang festival berlangsung, satu bengkel gamelan yang akan disertai oleh 300 peserta turut dianjurkan secara percuma dalam usaha menaikkan kembali seni warisan kebudayaan anak bangsa kita dari tenggelam dengan pelbagai aliran muzik yang ada sekarang,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

1 comment:

  1. Assalamualaikum...saya nk.tnya.ad x vid pocket show?

    ReplyDelete