Páginas

Sunday 25 October 2015

Bajet 2016- Bukti kecaknaan Kerajaan Kepada Rakyat-MB

AUTHOR: SURIATI ALI 23 OCTOBER 2015

Ahmad Razif ketika mendengar pembentangan Bajet 2016 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu,foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu pembentangan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak membuktikan kecaknaan kerajaan yang bersungguh-sungguh berusaha untuk mengurangkan beban rakyat di samping meningkatkan keupayaan modal insan.


Katanya, persetujuan Kerajaan Pusat membina hospital baharu di Kijal Kemaman dijangka dapat dimanfaat kira-kira 150,000 penduduk di daerah itu dan juga daerah berdekatan.

“Hospital Kemaman sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat berikutan pertambahan penduduk di daerah itu.

“Kemudahan itu akan memberi tumpuan utama berkaitan rawatan dan pemulihan kes-kes kebakaran di mana sebelum ini terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.

Terenganu cukup memerlukan kemudahan itu kerana Kemaman kawasan perindustrian gas dan petroleum dan kerap berlaku kes-kes kebakaran.

Beliau berkata demikian selepas mendengar pembentangan Bajet 2016 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini Ahmad Razif memberitahu pertambahan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan menunjukkan bahawa kerajaan cuba mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.

“Kerajaan Terengganu turut memuji lima strategi yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh rakyat termasuklah memperkasakan agenda bumiputra.

“Sebelum ini, jarang sekali agenda bumiputra diberi penekanan. Tetapi, perdana menteri ketika membentangkan Bajet 2016 sebentar tadi, beliau amat menekankan kepada pemerkasaan agenda bumiputra dan Melayu. Ini satu ilitizam perdana menteri untuk memperkasakan Bumiputra.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri di atas tiga “hadiah” yang dikurniakan kepada Terengganu iaitu Tebatan banjir, pengangkutan bas Mara di luar bandar serta program e-Rezeki dan e-Usahawan yang membolehkan naik taraf ekonomi penduduk.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment