Páginas

Monday, 26 October 2015

Jaga Kesihatan Sepanjang Peperiksaan

AUTHOR: NORAINI JUSOH 25 OCTOBER 2015

 Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan amanat kepada calon SPM dan STPM 2015 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menasihati para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak lama lagi supaya menjaga kesihatan sepanjang peperiksaan berlangsung.


Malah katanya, sebagai persiapan terakhir sebelum menduduki peperiksaan, mereka juga perlu menjaga pemakanan, sentiasa bertenang selain bijak mengurus masa.

“Pelajar haruslah sentiasa bertenang, mengambil pemakanan yang seimbang dan perlu bijak mengurus masa bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku pada hari peperiksaan sebenar.

“Mereka juga perlu memastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya bagi menghindari tekanan sehingga boleh menjejaskan tumpuan ketika peperiksaan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Motivasi Pelajar Cemerlang di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan  Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Katanya, calon SPM dan SPTM juga tidak digalakkan menyemak kertas jawapan selepas selesai peperiksaan.

“Ianya bagi mengelakkan dan memberi kesan terhadap prestasi dalam menghadapi kertas peperiksaan untuk subjek-subjek yang lain selepas itu,” ujarnya.

Selain itu katanya, mintalah ibu bapa dan guru-guru menghalalkan makan minum dan ilmu yang telah mereka berikan dan jangan sesekali tinggal solat dan banyakkan berdoa supaya dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment