AUTHOR: NORAINI JUSOH 5 OCTOBER 2015
Perbezaan pangkat bukan alasan untuk tidak mencampuri orang lain dan hidup dalam kelompok sendiri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda berkata, setiap penjawat awam perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni.
“Kita perlu mengamalkan sikap ini dengan semua kakitangan tidak kira ketua, pegawai atau sesama rakan sekerja.
“Budaya ini sangat penting kerana sikap hormat menghormati adalah kunci kejayaan sesebuah organisasi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI), di WDI, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’Azhar Abdul Hamid serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
Sementara itu, Osman berkata, setiap ketua jabatan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
“Kelulusan itu mestilah daripada pihak kerajaan negeri atau di peringkat Setiusaha Kerajaan negeri atau jabatan itu sendiri.
‘Ini kerana, daripada laporan audit yang kita terima, banyak yang tidak dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment