Páginas

Monday, 2 November 2015

Naskhah Istimewa Diedar Di Pesona Terengganu

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 29 OCTOBER 2015

Gianluca dan Fabio dari Rusia turut tertarik melihat naskhah istimewa dari Terengganu ketika mengunjungi tapak Pesona Terengganu 2015, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Naskhah istimewa dari Terengganu yang mengisarkan perjalanan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sepanjang memegang jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu ke-14 sejak 12 Mei tahun lalu, menjadi antara produk percuma yang diedarkan di Pesona Terengganu 2015, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Buku setebal 113 muka surat terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang bertajuk ‘Daripada Rakyat Kepada Rakyat Untuk Rakyat, Sebuah Perjalanan’  diagihkan sebanyak 5,000 unit di program yang berlangsung lima hari bermula hari ini.

Buku bergambar yang mengisarkan lapan prinsip `Transformasi Terengganu Baharu’ (TTB) mendapat sambutan ramai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa termasuk pelancong luar negara mula membanjiri tapak program sejak jam 9 pagi lagi.

Perasmian program akan disempurnakan Ahmad Razif kira-kira jam 8.30 malam ini serta diserikan dengan pelbagai persembahan pentas yang membawa mesej keindahan dan keunikan ‘Pesona Terengganu-Sayangi Terengganu’.

Program di Dataran Merdeka akan berlangsung mulai 29 hingga 31 Oktober dari pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala Terengganu Kitchen di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula memperkenalkan pelbagai produk makanan tradisional, akan berakhir pada 2 November.

Seramai 30 usahawan akan menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati pengunjung manakala beberapa chef ternama akan diundang untuk mengadakan demonstrasi masakan.

Karnival Pesona Terengganu dimeriahkan lagi dengan persembahan para penggiat seni oleh kalangan anak negeri dalam pelbagai bidang termasuk melalui segmen Simfoni Penyair Timur sebagai satu penghargaan kepada penyair J.M Aziz.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment