Páginas

Monday, 28 September 2015

30 Usahawan Saji Makanan Tradisi Sempena Pesona Terengganu

AUTHOR: NORAINI JUSOH 28 SEPTEMBER 2015


Seramai 30 usahawan makanan Terengganu bakal menyajikan pelbagai hidangan tradisonal negeri ini sempena program Pesona Terengganu 2015 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selama lima hari mulai 29 Oktober ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut berkata, melalui ‘Terengganu Kitchen’ yang merupakan salah satu acara sampingan sempena program yang julung kali dianjurkan kerajaan negeri itu, sebanyak 30 gerai disediakan untuk usahawan yang mengambil bahagian.

“Mereka akan menyajikan hidangan tradisi dan popular Terengganu termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit.

“Selain itu, ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan,” ujarnya.

Menurut Marzuki, selain ‘Terengganu Kitchen’ beberapa acara sampingan lain turut diadakan.

“Antaranya, persembahan kebudayaan, demostrasi masakan Terengganu oleh Chef Zamzani, demostrasi pembuatan seperti anyaman mengkuang, pembuatan keropok lekor dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment