Páginas

Thursday, 3 September 2015

Pemuda UMNO Terengganu Gesa Polis Siasat Tindakan Biadap Peserta Bersih

AUTHOR: FAUZI MOHD 2 SEPTEMBER 2015


Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dan 14 NGO membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan haram Bersih 4 berhubung tindakan biadab peserta perhimpunan itu memijak gambar pemimpin negara.


Mereka menyifatkan perbuatan itu sebagai keterlaluan, tidak berakhlak dan tidak bertamadun dan telah meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dan peserta terbabit.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Iskandar Jaafar berkata tindakan biadab dan melampaui batas itu sangat keterlaluan.

Katanya yang juga ADUN Jabi, tindakan perserta himpunan itu boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong kedua-dua parti politik baik UMNO dan PAS seterusnya boleh merosakkan perpaduan negara serta menyebabkan ketegangan kaum.

“Kita berharap tindakan tegas dikenakan terhadap penganjur himpunan tersebut dan menyiasat 15 individu yang gagal mengawal para peserta tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat atau sebaliknya,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira pukul 2 petang ini.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment