Páginas

Sunday 13 September 2015

Pelaburan RM11.2 Bilion Biayai 61 Inisiatif

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 10 SEPTEMBER 2015

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima buku kesimpulan Makmal Majlis Ekonomi Negeri Terengganu pada majlis penutup program tersebut di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Pelaburan bernilai RM11.2 bilion bakal diterima bagi membiayai 61 inisiatif yang berjaya dihasilkan sepanjang Makmal Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T).


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan pembiayaan tersebut, ianya bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.

“61 inisiatif dari 18 Entry Point Projects (EPP) mewakili lima sektor teras iaitu sektor perkilangan, minyak dan gas, bioteknologi, Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Komunikasi, Kandungan, Infrastruktur dan Teknologi Baru (CCI-ET) dan terakhir pelancongan.

“Kesemua inisiatif ini juga dijangka bakal menyediakan 39,170 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Terengganu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Makmal Ekonomi Negeri Terengganu di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir  Speaker DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Ismail serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tambahnya, inisiatif yang bakal dilaksanakan itu perlu diterapkan kepada masyarakat kerana ianya memberi kesan kepada mereka.

“Inisiatif ini akan sedikit memberi cabaran kepada rakyat jadi kita perlu fikirkan aspek komunikasi kerana mereka yang bakal merasa impak positif daripada pembangunan itu.

“Kita perlu wujudkan rasa kebersamaan bagi memudahkan penerimaan rakyat dan mencerahkan peluang kejayaan mana-mana inisiatif,” katanya.

Makmal yang berlangsung bermula 3 Ogos lalu melibatkan hampir 150 peserta daripada jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, anak-anak syarikat negeri serta pihak swasta yang berminat melabur di Terengganu.

Ianya merupakan hasil kerjasama Kerajaan Negeri bersama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Sepanjang enam minggu terlibat dalam makmal tersebut, para peserta didedahkan dengan penggunaan kaedah Big Fast Result (BFR) yang turut digunapakai di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment