Páginas

Sunday 6 September 2015

Buang Sampah Merata Denda RM10

AUTHOR: FAUZI MOHD 4 SEPTEMBER 2015


Kerajaan Terengganu akan menguatkuasakan denda minima RM10 terhadap orang ramai yang membuang sampah merata-rata terutama di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menguatkuasakan peraturan sedia ada dalam tempoh masa terdekat ini.

“Denda membuang sampah di tempat berkenaan mungkin dikenakan RM10 untuk kesalahan pertama dan selepas itu kita lihatlah bagaimana. Sebelum ini penguatkuasaan dah dibuat, tetapi tidak diberi penekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada 50 warga miskin dari Kampung Baru, Seberang Takir sempena sambutan kemerdekaan negara, semalam.

Ahmad Razif berkata selepas ini kerajaan akan mengarahkan PBT memasang papan tanda di kawasan rekreasi bagi mencegah pembuangan sampah.

Katanya PBT juga diminta menempatkan lebih ramai penguatkuasa di beberapa lokasi strategik bagi memastikan Terengganu menjadi negeri yang bersih.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment