Páginas

Thursday 17 September 2015

Kejohanan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud Sabtu Ini

AUTHOR: NORAINI JUSOH 15 SEPTEMBER 2015


Kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan menganjurkan Kejohanan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015, Sabtu ini.

Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia, Sukan dan Sumber Manusia) Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, hampir 30,000 orang telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan larian yang akan bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.


“Bagi kategori ‘full marathon’ iaitu sejauh 42 kilometer (km), Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat akan menyempurnakan pelepasan peserta tepat jam 5 pagi.

“Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda pula akan melepaskan peserta kategori ‘half marathon’ (21 km) pada jam 6 pagi.

“Dan pelepasan peserta untuk kategori 12 km, 5 km dan 3 km akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 6.15 pagi dan 7 pagi,” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi:

Sekretariat Larian Jambatan Sultan Mahmud,

Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Talian : +609-6672577 samb 131 / 014-6064494 / 014-6084494

Emel: ljsm_2012@yahoo.com.my
Laman web www.marathon.terengganu.my

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment