Páginas

Wednesday 2 September 2015

Tarik Semula Penyu Ke Terengganu

AUTHOR: SURIATI ALI 1 SEPTEMBER 2015


Dato’ Tengku Putera Tengku Awang memegang replika penyu yang dipamerkan pada Seminar dan Bengkel Pemuliharaan Penyu Di Malaysia, di Universiti Malaysia Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Kerajaan negeri meminta Majlis Mesyuarat Santuari Penyu berbincang dengan pakar-pakar dalam penyelidikan penyu di Malaysia, termasuk di luar negara agar mencari kaedah terbaik untuk mengembalikan semula spesies itu ke perairan Terengganu khususnya di Pantai Rantau Abang, Dungun.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman difahamkan, berlaku pengurangan haiwan itu seperti belimbing, lipas dan karah.

Bagaimanapun ujarnya, pendaratan penyu agar dikatakan masih lagi stabil malah menunjukkan peningkatan.

“Kerajaan negeri bersama pihak berkaitan tidak berputus asa menjalankan aktiviti pemuliharaan penyu yang masih bertelur di 72 perairan pantai Terengganu, selain memastikan akan kekal sebagai kawasan pendaratan.

“Kira-kira RM200,000 hingga RM300,000 setahun diperuntukkan untuk pemuliharaan penyu termasuk membayar upah pekerja dan membeli telur penyu,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang pada Seminar dan Bengkel Pemuliharaan Penyu Di Malaysia, di Universiti Malaysia Terengganu, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mohktar.

Ahmad Razif memberitahu, pihaknya telah melepaskan lebih 10 juta anak penyu ke laut sejak usaha pemuliharaan dijalankan.

“Kita cukup berharap setidak-tidaknya 1 peratus akan membesar dan kembali semula ke perairan pantai Terengganu untuk bertelur.

“Buat masa ini terdapat 12 kawasan yang direzab kepada Jabatan Perikanan di mana Pusat Santuari Penyu Rantau Abang dan Pusat Santuari Penyu Ma Daerah di Kerteh telah diwartakan,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment