Páginas

Sunday 27 September 2015

JPAM Terengganu Latih 3,000 Sukarelawan Hadapi Banjir

AUTHOR: FAUZI MOHD 25 SEPTEMBER 2015


JPAM Terengganu melakukan persiapan rapi untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh dengan meningkatkan latihan kemahiran hampir 3,000 sukarelawan JPAM di negeri ini.


Pengarahnya,  Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata,  JPAM telah mengadakan pelbagai latihan sejak awal September lalu membabitkan anggota sukarela jabatan di semua daerah.

Menurutnya, kursus yang dijalankan antaranya seperti menyelamat di air, pengendalian bot dan pelbagai latihan pertolongan cemas lain.

“Kita turut galakkan JPAM daerah melakukan latihan di peringkat daerah masing-masing  seperti  latihan kemahiran menyelamat  dan memindahkan mangsa banjir  pelbagai kategori seperti warga emas, obesiti, bayi dan OKU.

“JPAM  di setiap daerah juga turut diminta mengemas kini senarai pusat pemindahan di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Jet Ski dan treler kepada JPAM Besut di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Besut di bandar Jertih yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap ADUN Jertih, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, baru-baru ini.

Adam berkata lagi, sekiranya kejadian banjir besar atau luar biasa berlaku di negeri ini, pihaknya akan mengikut prosedur standard operasi (SOP) iaitu akan memohon bantuan daripada JPAM negeri berdekatan.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment