Páginas

Wednesday 2 September 2015

Sikap Mempercayai Dorong Koperasi Terus Maju

AUTHOR: PENGARANG 1 SEPTEMBER 2015


Semangat muafakat dan saling mempercayai antara masyarakat kampung dan pemimpin koperasi dapat memberi jaminan aktiviti perniagaan itu berjalan lancar.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata kepercayaan harus diberikan kepada ahli-ahli lembaga pengarah untuk mengurus dan menjalankan aktiviti berkaitan koperasi.

“Segala pengurusan dan aktiviti koperasi akan dipantau oleh pihak jabatan dari semasa ke semasa dan tidak memungkinkan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karvival Hari Koperasi Kampung Bukit Wan Kuala Terengganu di Dataran Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, baru-baru ini.


Koperasi Kampung Bukit Wan bertuah kerana wujudnya koperasi seiring dengan aset-aset seperti lori, jentolak, set katering, mesin pembajak yang boleh menjana pendapatan kepada ahli-ahli.

Semua aset tersebut diterima hasil kemenangan pertandingan Desa Lestari anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tahun ini.

Karnival yang diadakan selama tiga hari dipenuhi pelbagai aktiviti termasuk ceramah agama, permainan tradisional, masakan, pameran motor berkuasa tinggi, pertandingan futsal dan pertandingan mewarna.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment