Páginas

Monday 28 September 2015

Deklarasi ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ Garis 14 Resolusi


KUALA LUMPUR, 16 Sept – Mempertahankan demokrasi luhur dan memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia antara 14 resolusi digariskan pada ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok, di sini, hari ini.


Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan resolusi itu di hadapan hampir 30,000 peserta yang berpakaian kameja-T merah.

Berikut adalah keseluruhan resolusi yang dibentangkan beliau yang juga anggota Parlimen Ketereh:

16 September Hari Malaysia Yang menghimpun rakyat dari segenap pelusuk Negara dengan ini mengistiharkan persetujuan kami untuk memberikan masej kepada rakyat dan kerajaan iaitu resolusi kami:

  1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.
  2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.
  3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.
  4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.
  5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.
  6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.
  7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.
  8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.
  9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.
  10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
  11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.
  12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan negara.
  13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.
  14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


- MediaUMNO

No comments:

Post a Comment