Páginas

Sunday 13 September 2015

Jasa Merin Beli MV JM Cekal Bernilai RM109 Juta

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 9 SEPTEMBER 2015


Sebuah syarikat perkapalan dalam bidang gas dan minyak, Jasa Merin Sdn Bhd,  hari ini membeli kapal Anchor Handling Tug Supply (AHTS) bernilai RM109 juta daripada Muhibbah Marine Engineering Sdn Bhd (MME).


Kapal yang dibina MME sepanjang 72 meter dilengkapi enjin 10,800 kuasa kuda itu diberi nama MV JM Cekal.

Pengerusi Jasa Merin, Dato’ Wan Zakaria Abd Rahman berkata, pencapaian syarikat tersebut amat membangggakan dan prestasi berkembang dengan baik sejak sembilan tahun lalu.

“Sejak penswastaan syarikat pada 2006, kami telah berkembang pesat. Daripada mempunyai hanya lapan buah kapal pada masa tersebut, MV JM Cekal yang diterima hari ini merupakan kapal ke-20.

“Jasa Merin bukan hanya menambah jumlah kapal malah pihak kami turut berusaha memperbaharui kapal-kapal sedia ada dengan spesifikasi dan teknologi terkini,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan MV JM Cekal di Pelabuhan Klang, Selangor, hari ini.

Majlis penyerahan tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Pengerusi Silk Holdings Berhad, Dato’ Mohammad Azlan Hashim dan Pengarah Urusan MME, Mac Ngan Boon.

Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd  mempunyai pegangan saham sebanyak 30 peratus dalam Jasa Merin Sdn Bhd.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment