Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata bidang politik ada pasang dan surutnya jadi sebagai isteri pada wakil rakyat kita hendaklah memainkan peranan masing-masing.
“Kita kini berada dalam arus kemodenan dimana maklumat disampaikan begitu cepat termasuklah berita palsu yang tidak tahu punca kesahihannya di alam maya.
“Sebagai isteri kepada wakil-wakil rakyat, kita juga harus memainkan peranan dalam menafikan maklumat yang tidak tepat terutama jika ianya mempunyai kaitan dengan kerajaan,” katanya kepada Teganukita.
Mengulas lanjut apa yang diperkatakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam, beliau amat bersetuju isteri kepada wakil rakyat haruslah bijak dan matang menangani isu-isu semasa di media-media sosial.
“Apa yang diperkatakan oleh Datin Seri Rosmah semalam dalam ucapannya amat wajar.
“Kita haruslah peka dalam menangani maklumat tidak tepat kerana maklumat yang salah itulah akan membawa keburukan kepada kerajaan sekaligus boleh mencalarkan imej dan kredibiliti suami kami sebagai wakil rakyat,” katanya.
Halina yang juga merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) berharap agar isteri-isteri wakil rakyat terutamanya di Terengganu membantu suami masing-masing dalam menaikkan nama parti.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment