Páginas

Wednesday, 2 September 2015

Pasar Malam Eksklusif ‘KT Night Market’ Beroperasi Tahun Depan

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 1 SEPTEMBER 2015

Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melihat model ‘Night Market’ Kampung Tanjung yang berharga lebih RM13 juta selepas melancarkan peletakan batu asas kemudahan itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Kerajaan negeri akan membangunkan ‘Night Market’ Kampung Tanjung, Kuala Terengganu bernilai lebih RM13 juta sebagai satu lagi mercu tanda baharu yang akan menarik pelancong ke Terengganu, siap tahun depan.


Projek yang baru bermula dan dijangka siap dalam tempoh setahun dari sekarang di tanah berkeluasan 0.7 hektar, menyediakan 92 ruang niaga kepada peniaga tempatan, selain dilengkapi kemudahan yang lebih kondusif seperti parkir, tandas awam setingkat dan menara jam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd rahman, berkata ‘Pasar Malam Eksklusif’ berkenaan sebagai satu inisiatif bagi membantu peniaga pasar malam untuk menerokai pasaran yang lebih luas dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan menawarkan produk dengan harga lebih rendah kepada pelanggan.

“Night market ini menjadi satu peluang kepada peniaga memasarkan produk di lokasi yang lebih strategik, di kawasan bandar dan pusat tarikan pelancongan, memandangkan kedudukannnya yang ikonik di tepi pantai dan mempunyai kemudahan hotel serta berdekatan `drawbridge’.

“Pusat beli-belah ini juga sepertimana konsep Pasar Payang, sebagaimana yang terdapat di luar negara seperti  di Sydney ada (Sydney) Fish Market dan Paddy’s  Market, ada tarikan tertentu kepada pelancong untuk ke negara berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pun ada dan di Kelantan pula adanya Pasar Wakaf Che Yeh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas melancarkan Majlis Peletakan Batu Asas `Night Market Kampung Tanjung’, Kuala Terengganu, di Belakang Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Osman Muda.

Ahmad Razif berkata, konsep yang digunakan di Night Market berbeza dengan pasar malam sedia ada kerana dibuka sepanjang tujuh hari seminggu bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam menerusi sistem berniaga secara bergilir, iaitu tiga hari tiga malam dan dua kategori lagi masing-masing dua hari dua malam, termasuk dikhususkan hanya untuk golongan wanita sahaja (dua hari dua malam).

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan peniaga menawarkan produk yang berbeza dan lebih kreatif dengan harga yang lebih rendah berbanding di pusat perniagaan lain yang terdapat di Terengganu bagi menarik pengunjung ke pasar raya itu nanti.

“Night Market akan menjadi projek perintis dan kita akan melihat dahulu sambutan yang diterima di kalangan peniaga dan juga orang ramai sebelum kita mengembangkannya di bandar utama setiap daerah,” katanya.

Tambahnya, projek baharu itu juga akan meningkatkan pembangunan di pesisir pantai Kuala Terengganu termasuk pembinaan yang sedang berjalan di taman selera berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah yang menggunakan konsep TTB, Terengganu TerBersih.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment