Program anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) itu bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada keluarga muda selain mengembangkan syiar Islam melalui amalan meraikan pasangan baru berkahwin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih, merasmikan program yang bersejarah itu.
Pengarah YPK, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, bagi menghargai pasangan yang diraikan mereka turut diberikan Sijil Simpanan Premium (SSP) selain sijil khas meraikan perkahwinan mereka.
Katanya, selain itu, pasangan yang baru melahirkan anak tahun ini juga turut diraikan dan diberikan SSPN-i sebagai penghargaan dari kerajaan negeri.
Muhamad Pehimi berkata, rakyat Terengganu amat bertuah kerana pelbagai insentif disediakan oleh kerajaan sebagai pengiktirafan termasuk mereka yang baru berkahwin, pasangan yang baru melahirkan anak, perkahwinanoleh duda dan ibu tunggal dan banyak lagi penghargaan diberikan kerajaan.
Beliau berkata, saguhati kelahiran anak bertujuan menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran.
Sehingga ini, katanya, sebanyak 25,000 borang sudah diedarkan oleh YPK menerusi klinik kesihatan yang akan mengagihkan borang permohonan itu kepada ibu yang baru melahirkan anak untuk mendapatkan kemudahan saguhati kelahiran.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment