Kesemua pemain dan pegawai, masing-masing bakal menerima insentif RM20,000 seorang dan pakej mengerjakan umrah kepada yang beragama Islam, manakala lawatan ke luar negara dengan kos yang sama kepada yang bukan beragama Islam.
Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
“Tahniah kepada pasukan hoki Terengganu kerana meneruskan kecemerlangan sekaligus merealisasikan hasrat kerajaan menerusi konsep TTB, Terengganu Terbaik, bermakna hoki kita adalah yang terbaik berikutan mengekalkan kejuaraan berganda untuk tahun kedua berturut-turut bermula tahun lepas diikuti tahun ini berjaya mengekalkan Piala Liga (MHL) dan Piala TNB.
“Jadi, kerajaan negeri melalui Mesyuarat Exco bersetuju, selain insentif RM10,000 seorang kepada pemain dan pengurusanselepas memenangi Piala Liga, maka pada kali ini RM10,000 lagi beserta pakej mengerjakan umrah kepada yang beragama Islam serta yang bukan Islam lawatan yang sama kos mengerjakan umrah.
Ahmad Razif berkata, kos yang diperuntukkan bagi kedua-dua kejuaraan itu melebihi RM1 juta sebagai memberi suntikan semangat kepada pasukan itu dan juga acara sukan yang lain supaya mengekalkan kecemerlangan pada tahun akan datang.
Tambahnya, kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan insentif dengan nilai lebih tinggi pada masa depan, bergantung kepada sumber kewangan negari.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment