Páginas

Monday 14 September 2015

64 Taska YPKT Laksana Sistem Permata Q

AUTHOR: SURIATI ALI 13 SEPTEMBER 2015

Ghazali Taib (tengah) bersama kakitangan YPKT dan kanak-kanak TPK selepas Pertandingan `Story Telling’  TPK peringkat Negeri Terengganu di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, semalam.
*****
Taska Permata Keluarga (TPK) mula melaksanakan Sistem Permata Q sebagai langkah memastikan matlamat kurikulum Permata Negara tercapai dan dilaksanakan dengan betul.


Melalui pendekatan itu, 64 taska milik Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang terlibat perlu mematuhi garis panduan yang tetapkan.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, semua aktiviti pengasuhan dan pembelajaran yang dijalankan perlu termaktub dalam kurikulum dan prosedur operasi standard (SOP) 2008 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, apa yang dilaksanakan itu semata-mata mahu kanak-kanak TPK mendapat pendidikan terbaik, selain asuhan yang berkualiti.

“Bagaimanapun segala usaha murni ini tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan dan penglibatan ibu bapa dalam setiap aktiviti.

“Justeru itu, saya menyarankan supaya ibu bapa tidak lokek masa untuk turut bersama-sama anak menyertai pelbagai program yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan ‘Story Telling’ TPK peringkat Terengganu di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, semalam.


Sebanyak 16 TPK membabitkan 114 kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun dari seluruh Terengganu menyertai pertandingan itu yang dipecahkan kepada kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Hadir merasmikan program Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Mohd Shafaruddin memberitahu, ibu bapa perlu peka dengan perisian kurikulum dan kaedah pembelajaran yang dipraktikkan di TPK, selain perlu ada ke kesinambungannya di rumah.

“Langkah di peringkat awal itu sangat penting kerana berupaya melahirkan kanak-kanak cemerlang dalam semua aspek,” katanya

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment