Páginas

Wednesday, 2 September 2015

Tindakan Tegas Terhadap Perbuatan Melampau Pijak Gambar Pemimpin – Razif

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 2 SEPTEMBER 2015


Jika perkara seumpama itu tidak dibendung dan diambil tindakan yang bersunguh-sungguh, pastinya generasi akan datang akan menjadi generasi kurang ajar dan biadap, kata Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Menteri Besar mengulas demikian berhubung sikap segelintir peserta Bersih 4 yang bertindak memijak gambar Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan itu berlangsung hujung minggu lepas.

Katanya, jika pada hari ini mereka berani bertindak di luar batasan dengan memijak gambar pemimpin negara, adalah tidak mustahil jika satu masa nanti mereka bertindak di luar kawalan memijak ibu bapa dan keluarga sendiri pula.

“Ini suatu perkara yang tidak patut diberi peluang dan perlu dibendung sebaik-baiknya. Saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas atas perlakuan tidfak bermoral yang ditunjukkan oleh pihak yang melakukan suatu yang tidak boleh dimaafkan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas melancarkan Majlis Peletakan Batu Asas `Night Market Kampung Tanjung’, Kuala Terengganu, di Belakang Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Ahmad Razif berkata, perkara itu amat mendukacitakan apatah lagi dilakukan ketika negara mahu menyambut Hari Kemerdekaan Ke-58 dan seolah-olah mereka mahu seluruh dunia termasuk generasi baru memerhati tindakan tidak bermoral itu sekaligus memalukan negara di mata dunia.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment