Páginas

Sunday 13 September 2015

Dalam Mahukan Pas Kekal Dalam Pakatan, PKR Sempat Curi Seorang Ahli Parlimen Pas

Oleh : Alkam Fatil

PETALING JAYA, 11 Sept – Dalam kesungguhan kononnya PKR tetap mahu Pas berada dalam pakatan pembangkang, PKR hari ini mencuri seorang Ahli Parlimen Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar.


Ini berikutan tindakan  Ahli Parlimen Tumpat itu  mengumumkan keluar daripada Pas bag menyertai PKR.

Penyertaan Kamaruddin ke PKR diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut diumumkan menyertai PKR ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang sebelum ini adalah ahli Pas.

Ketika menyertai Pas pada April 2013, Muhammad berkata, hasrat untuk menyertai Pas timbul apabila melihat hanya parti itu sahaja yang mampu membangunkan negara berteraskan agama Islam.

Sebelum ini, Pas kehilangan 10 wakil rakyat apabila apabila lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka gugur keahlian secara automatik selepas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sepuluh yang gugur keahlian Pas secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Serdang).

Selain itu lima Adun yang meninggalkan Pas ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

- MediaUMNO/MediaJertih

No comments:

Post a Comment