Páginas

Thursday, 17 September 2015

Banggol Donas:Undang-undang rimba mana wakil rakyat pembangkang itu gunapakai?

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 15 SEPTEMBER 2015

Jalanraya alternatif ini terputus di sini akibat dihalang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan samseng.
*****
Tiada ada pun PERINTAH MAHKAMAH untuk menangguhkan perlaksanaan pengambilanbalik tanah itu atau dengan izin “stay of the exucation order”.


Apa salahnya Pejabat Tanah Kuala Terengganu menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap bangunan yang menghalang pembinaan jalan raya untuk kepentingan ramai.

Makin lama tunggu, makin banyak kerugiaan wang rakyat.

Sedangkan projek jalan alternatif untuk elak kesesakan itu boleh siap dan digunakan jika tiada halangan dari manusia yang tidak memahami tentang ajaran Islam yang sebenar.

Bukankah membuat jalanraya itu suatu tuntutan agama, malah membuang halangan di jalan pun mendapat ganjaran pahala, inikan pula membuat jalanraya untuk kemudahan ramai.

Proses pengambilan tanah di Banggol Donas adalah mengikut peraturan Kanun Tanah Negara.

Proses pegambilan tanah di semua 184 lot di beberapa buah kampung terlibat termasuk di Banggol Donas oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu mengikut peraturan Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kepatuhan Kerajaan Terengganu kepada peraturan proses pengambilan tanah TERBUKTI apabila pihak plaintif iaitu Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong) KALAH di mahkamah sebanyak dua kali.

Permohonan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dibuat pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan membuat proses pengambilan balik tanah tersebut.

Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu.

Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Jadi apa lagi yang salahnya kepada tindakan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu itu?

(Tiada ada pun PERINTAH MAHKAMAH untuk menangguhkan perlaksanaan pengambilanbalik tanah itu atau dengan izin “stay of the exucation order”.)

 Dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan diatas kebenaran tindakan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu itu, apa lagi yang hendak dipersoalkan?

Tidak perlu dan tidak ada undang-undang pun mengatakan perbuatan Pejabat Tanah itu salah, walapun plantif ada membuat rayuan lagi.

Pembangkang jangan anggap pegawai dan kakitangan kerajaan yang menguatkuasakan undang-undang itu orang bodoh seperti ‘tidak cerdik’nya sesetengah wakil rakyat pembangkang yang muda-muda itu, yang agak cetek pengalaman dan amalan akhlak agamanya.

Tidak wajar wakil rakyat pembangkang itu menghalau secara kasar pihak pegawai perlaksana dalam kejadia semalam 14 September 2015; apa salah mereka sampai wakil rakyat pembangkang halau mereka yang menjalankan tugas secara sah.

Undang-undang rimba mana wakil rakyat pembangkang gunapakai?

Kalau dengan kelulusan agama yang ada, tidak munasabah sama sekali tindakan wakil rakyat pembangkang itu, melainkan dikuasai oleh nafsu dan iblis dalam diri mereka.

Penulis sarankan supaya tindakan undang-undang diambil kepada penghalang penguatkuasaan itu, apatah lagi ugutan dan cacian dilemparkan kepada pegawai yang menguatkuasakan peraturan.

Sudahlah kerajaan dan rakyat mengalami kerugian akibat halangan kepada penyiapan jalan yang hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi itu, mereka pula bersikap biadap dan samseng seolah kerajaan dan rakyat di pihak yang salah.

Sedang hakikatnya, Pejabat Tanah Kuala Terengganu melaksanakan penguatkuasaan untuk meneruskan projek kemudahan orang ramai itu secara mengikut lunas peraturan dan keputusan mahkamah.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment