Majlis penyerahan penajaan disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Mohd Razif Abd Majid yang mewakili Pengarah UKOM, Che Mansor Che Kerma kepada Ketua Biro Berita Harian Terengganu, Rosli Abdul Jalil.
Antara barangan disumbangkan UKOM ialah keropok segera, air minuman, tuala, alat tulis serta pelekat Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) dan 1,000 cenderahati yang mengandungi barangan itu akan diagihkan kepada peserta ketika membuat pendaftaran.
Pertandingan GP Joran pusingan akhir kategori pantai dan pertandingan memancing Antarabangsa Tenggiri Terengganu anjuran bersama Kerajaan Negeri dan Unit Joran Berita Harian menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM88,000 akan diadakan di Pantai Teluk Lipat, Dungun bermula Jumaat dan Sabtu ini.
Selain itu, pertandingan memancing GS Joran kategori pantai akan diadakan di Pantai Teluk Lipat, Dungun pada Sabtu ini, manakala pertandingan memancing Antarabangsa Tenggiri Terengganu diadakan di perairan Dungun, pada Jumaat.
Peserta kategori memancing Antarabangsa Tenggiri Terengganu akan berlepas dari Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun, pada jam 3 petang, Jumaat ini.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment