Páginas

Monday 28 September 2015

Tuduh Orang Lain Rasis Perkataan ‘Keramat’ Dap Sebagai Cerminan Diri Sendiri

Oleh : Zylan Mohamad

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Parti pembangkang terutama Dap sering mengulang tayang perkataan rasis yang ditujukan kepada UMNO kerana tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk menutup tindakan mereka sendiri yang bersikap sedemikian, ujar ahli Parlimen Pendang, Datuk Wira Othman Abdul.


Menurutnya lagi, fakta yang sebenarnya orang Melayu tidak pernah ada perasaan rasis, di samping ajaran agama yang tidak membenarkan orang Islam bersikap sedemikian.

“Kalau kita rasis tentu kita tidak membenarkan calon-calon bukan Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu, dalam kawasan UMNO, calon MCA menang di kawasan Melayu, calon MIC menang di kawasan Melayu, itu bukti kita tidak rasis.

“Tetapi bolehkah Melayu bertanding di kawasan majoriti mereka? Orang Melayu tentu tidak akan menang,’ katanya kepada UMNO-Online.

Walaupun UMNO, DAP RasisPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu memperjuangkan Melayu tetapi uniknya Barisan Nasional (BN) kita membincangkan kepentingan semua kaum merangkumi hak-hak semua kaum diambil kira seperti MCA dengan Cina, MIC dengan kaum India, dan kaum-kaum lain, tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, rasis itu apabila mengetepikan dan menafikan hak-hak kaum lain dan jika menentang hak-hak mereka itu barulah dikatakan rasis dan terbukti kerajaan tidak pernah bertindak sebegitu bahkan memberi layanan sama adil di dalam negara ini.

“Dap kata mereka berbilang kaum, tapi bolehkah orang lain menang? orang Melayu dilantik sahaja bukan menang pun. Pokoknya, bolehkah calon Melayu bertanding di kawasan majoriti kawasan Dap?

“Orang Melayu di dalam parti itu hanya dipergunakan, apabila ada orang Melayu di dalam parti mereka, itu memang hasrat mereka menuduh UMNO rasis berbanding mereka yang kononnya ada kaum Cina, India dan Melayu.

“Itu strategi yang mereka buat, tunjuk kepada rakyat kononnya mereka memperjuangkan untuk semua kaum tetapi hakikatnya tidak sebegitu,” ujarnya lagi.

Hakikatnya, katanya lagi, mereka menuduh UMNO bersikap rasis, begitu juga tuduhan yang sama kepada dasar kerajaan walhal kerajaan membuat dasar turut menjaga kepentingan kaum-kaum lain dan UMNO cuma mempertahankan hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan dan tidak meminta lebih daripada itu.

– Media UMNO.

No comments:

Post a Comment