Páginas

Wednesday 30 September 2015

Malaysia Melonjak Ke Kedudukan Ke-18 Dalam Daya Saing Global


KUALA LUMPUR, 30 Sept – Malaysia melonjak dua tangga ke kedudukan ke-18 daripada 140 negara, mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 20 ekonomi utama paling berdaya saing di dunia, rangking tertingginya sejak 2005.

Laporan Daya Saing Global 2015-2016, yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, menyenaraikan Malaysia di tangga ke-18 dengan skor 5.23 daripada tangga ke-20 dalam kalangan 144 negara tahun lepas.

Majlis Korban Sempena Aidiladha DUN Jerteh 1436H/2015

25 September (Jumaat) - Dato' Haji Muhammad Pehimi melakukan sembelihan korban bagi DUN Jerteh sempena Hari Raya Korban 1436H. Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan di 10 PDM dalam DUN Jerteh. Pada tahun ini ibadat ini dilaksanakaan di PDM masing-masing dan Dato' Haji Pehimi sempat hadir ke semua lokasi dan menyampaikan sendiri daging korban kepada orang ramai.

SPNB Bina 822 Unit Rumah Di Terengganu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 29 SEPTEMBER 2015


822 unit rumah baharu akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Terengganu selepas selesai perbincangan dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sehingga kini, Terengganu masih belum lagi mempunyai  rumah SPNB.

JaPen Terengganu Anjur K1M Di Seberang Pintasan Khamis Ini

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 29 SEPTEMBER 2015

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen Terengganu) akan menganjurkan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) di Padang Awam Kampung Seberang Pintasan, Dungun selama tiga hari bermula Khamis ini (1 Oktober 2015).

Melon Manis Terengganu Untuk Pasaran Antarabangsa

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 29 SEPTEMBER 2015
Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman memetik Melon Manis Terengganu ketika pelancaran Sambutan 110 Tahun Jabatan Pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Besut di Kampung Tok Dor, Jabi, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Terengganu bakal menjadi negeri pertama memasarkan hasil Melon Manis untuk pasaran antarabangsa berikutan  banyak permintaan daripada penduduk di beberapa negara terutama rantau Asia.

Tuesday 29 September 2015

Ancaman Terhadap Khutbah Bukti Dap Gemar Main Sentimen Keagamaan

Oleh: Azlina Rosdy

TEMERLOH, 29 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ancaman Dap yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri Pahang secara tidak langsung menunjukkan penentangan terbuka Dap terhadap Islam dan sentiasa cuba memainkan sentimen keagamaan pada setiap masa.

1,500 ‘Motor Besar’ Meriahkan Terengganu Bike Week 2015

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 29 SEPTEMBER 2015


Seramai 1,500 peserta dari dalam dan luar negara bakal memeriahkan Terengganu Bike Week (TBW) 2015 selama tiga hari bermula 2 Oktober ini.

Monday 28 September 2015

30 Usahawan Saji Makanan Tradisi Sempena Pesona Terengganu

AUTHOR: NORAINI JUSOH 28 SEPTEMBER 2015


Seramai 30 usahawan makanan Terengganu bakal menyajikan pelbagai hidangan tradisonal negeri ini sempena program Pesona Terengganu 2015 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selama lima hari mulai 29 Oktober ini.

Deklarasi ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ Garis 14 Resolusi


KUALA LUMPUR, 16 Sept – Mempertahankan demokrasi luhur dan memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia antara 14 resolusi digariskan pada ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Perhimpunan Rakyat Bersatu Bukan Perhimpunan Rasis – Sharkar

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, perhimpunan aman Rakyat Bersatu semalam bukanlah satu perhimpunan rasis kerana perhimpunan ini tidak sama sekali menyentuh sensitiviti agama dan bangsa lain.

Tuduh Orang Lain Rasis Perkataan ‘Keramat’ Dap Sebagai Cerminan Diri Sendiri

Oleh : Zylan Mohamad

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Parti pembangkang terutama Dap sering mengulang tayang perkataan rasis yang ditujukan kepada UMNO kerana tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk menutup tindakan mereka sendiri yang bersikap sedemikian, ujar ahli Parlimen Pendang, Datuk Wira Othman Abdul.

Sunday 27 September 2015

Terengganu Bakal Tubuh Majlis Perundingan Wanita Perkasa Golongan Hawa

AUTHOR: NORAINI JUSOH 23 SEPTEMBER 2015


Kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan Majlis Perundingan Wanita Negeri Terengganu yang berperanan sebagai badan penasihat dan perundingan bagi memperkasa golongan hawa di negeri ini.

RMK-11: Terengganu Kemuka 16 Cadangan Projek Perumahan Rakyat

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 22 SEPTEMBER 2015


Terengganu mengemukakan 16 cadangan projek menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

JPAM Terengganu Latih 3,000 Sukarelawan Hadapi Banjir

AUTHOR: FAUZI MOHD 25 SEPTEMBER 2015


JPAM Terengganu melakukan persiapan rapi untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh dengan meningkatkan latihan kemahiran hampir 3,000 sukarelawan JPAM di negeri ini.

THT Terima Durian Runtuh

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 23 SEPTEMBER 2015


Pasukan Hoki Terengganu (THT) menerima durian runtuh daripada kerajaan negeri lebih RM1 juta selepas meraih kejayaan berganda selaku juara Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala TNB, baru-baru ini.

Nombor Pendaftaran TTB Bagi Rakyat Terengganu

AUTHOR: NORAINI JUSOH 23 SEPTEMBER 2015


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kerana meluluskan permohonan kerajaan Terengganu untuk penggunaan nombor pendaftaran kenderaan TTB bagi rakyat negeri ini.


77 Pasangan Pengantin Baru Diraikan Dalam Majlis Resepsi Walimah Perdana

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 23 SEPTEMBER 2015


Seramai 77 pasangan pengantin baru dari DUN Jertih merasakan diri mereka amat bertuah kerana diraikan dalam Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu, yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, malam kelmarin.

Tuesday 22 September 2015

Selamat Pengantin Baru Haji Nawi Mohamad & Hajah Nur Asma Ibrahim

Ikhlas Daripada
Dato' Haji Muhammad Pehimi bin Yusof
To'Puan Hajah Roslinda bt Daud
dan
Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras DUN Jerteh
serta
Kakitangan Pusat Khidmat DUN Jerteh
Atra DUN Jerteh
"Insha-Allah Kekal Bahagian hingga ke Jannah"

Koleksi Foto Walimah Perdana 1Terengganu DUN Jerteh 2015

Majlis Resepsi Walimah Perdana 1Terengganu DUN Jerteh yang meriah dan warna warni.

Thursday 17 September 2015

Imtiaz Kemaman Beroperasi Januari 2016

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 15 SEPTEMBER 2015

SMIYT Kemaman. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kemaman, Kijal akan menjadi sekolah imtiaz kedua yang beroperasi di bangunannya sendiri di Terengganu.

Henti Aktiviti Luar Bilik Darjah

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 15 SEPTEMBER 2015


Semua sekolah di Terengganu terutama di daerah Kemaman diarahkan supaya menghentikan sebarang aktiviti luar bilik darjah serta-merta berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Kejohanan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud Sabtu Ini

AUTHOR: NORAINI JUSOH 15 SEPTEMBER 2015


Kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan menganjurkan Kejohanan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015, Sabtu ini.

Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia, Sukan dan Sumber Manusia) Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, hampir 30,000 orang telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan larian yang akan bermula dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Banggol Donas:Undang-undang rimba mana wakil rakyat pembangkang itu gunapakai?

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 15 SEPTEMBER 2015

Jalanraya alternatif ini terputus di sini akibat dihalang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan samseng.
*****
Tiada ada pun PERINTAH MAHKAMAH untuk menangguhkan perlaksanaan pengambilanbalik tanah itu atau dengan izin “stay of the exucation order”.

Tuesday 15 September 2015

497 Tandas Bertaraf Lima Bintang Menjelang 2018

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 14 SEPTEMBER 2015


Dr. Mohamad Omar (dua kanan) melancarkan pogram peningkatan kebersihan dan keselamatan tandas serta promosi kesedaran penjagaan kemudahan dan kebersihan tandas di fasiliti kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lobi Utama Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
*****
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan semua tandas di seluruh fasiliti jabatan kesihatan negeri ini mencapai penarafan lima bintang pada 2018 nanti.

Monday 14 September 2015

64 Taska YPKT Laksana Sistem Permata Q

AUTHOR: SURIATI ALI 13 SEPTEMBER 2015

Ghazali Taib (tengah) bersama kakitangan YPKT dan kanak-kanak TPK selepas Pertandingan `Story Telling’  TPK peringkat Negeri Terengganu di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, semalam.
*****
Taska Permata Keluarga (TPK) mula melaksanakan Sistem Permata Q sebagai langkah memastikan matlamat kurikulum Permata Negara tercapai dan dilaksanakan dengan betul.

Sunday 13 September 2015

Sifat kekeluargaan kekuatan sebenar UMNO - Najib


PEKAN 12 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap anggota UMNO perlu mempunyai sifat kekeluargaan yang jitu kerana ia merupakan kekuatan sebenar dalam parti itu.

Dalam Mahukan Pas Kekal Dalam Pakatan, PKR Sempat Curi Seorang Ahli Parlimen Pas

Oleh : Alkam Fatil

PETALING JAYA, 11 Sept – Dalam kesungguhan kononnya PKR tetap mahu Pas berada dalam pakatan pembangkang, PKR hari ini mencuri seorang Ahli Parlimen Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Gotong-royong bersama orang muda

12 September 2015 - Gotong-royong bersihkan tanah perkuburan belakang Masjid Hadhari Bandar Jertih bersama peserta Konvoi "Rock Youth Spirit" anjuran Majlis Belia Besut (MBDB).



 Peserta konvoi bersama masyarakat setempat sama-sama bergontong -royong membersih dan mengecat pagar kubur.
YB. Dato' Muhammad Pehimi Yusof (memegang jalur gemilang) melakukan perlepasan peserta konvoi selepas selesai kerja khidmat sosial di tanah perkuburan Bandar Jertih.

- MediaJertih

Semangat Setiakawan Dan Solidariti Dalam UMNO Buat Pembangkang Gigit Jari

Oleh: Azlina Rosdy
 Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Timb. Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas sidang media Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang ini. 
Turut bersama Naib - naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.  - Fotop : MediaUMNO
*****

S.M.Noor Dianugerah Sasterawan Negeri Terengganu

AUTHOR: NORAINI JUSOH 13 SEPTEMBER 2015

 Penerima hadiah tokoh sastera (Sasterawan Negeri Terengganu) S.M.Noor (kiri) bersama Nazri Hussein penerima hadiah cekal sastera (Sasterawan Harapan Negeri) selepas Majlis HASDI II, di Hotel Primula malam tadi. Foto oleh: Tg Syamim Tg Ismail
*****
Bekas Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Syed Mohammad Nor Tuan Long atau nama penanya S.M.Noor malam tadi menerima hadiah tokoh sastera yang membawa gelaran Sasterawan Negeri Terengganu.

YPM Sasar Taja 150 Pelajar Lepasan SPM Ke Jepun

AUTHOR: FAUZI MOHD 13 SEPTEMBER 2015


Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyasarkan untuk menaja sebanyak 150 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) di Jepun, setiap tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Abdul Karim Mustafa.

Pelaburan RM11.2 Bilion Biayai 61 Inisiatif

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 10 SEPTEMBER 2015

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima buku kesimpulan Makmal Majlis Ekonomi Negeri Terengganu pada majlis penutup program tersebut di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Pelaburan bernilai RM11.2 bilion bakal diterima bagi membiayai 61 inisiatif yang berjaya dihasilkan sepanjang Makmal Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T).

Jasa Merin Beli MV JM Cekal Bernilai RM109 Juta

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 9 SEPTEMBER 2015


Sebuah syarikat perkapalan dalam bidang gas dan minyak, Jasa Merin Sdn Bhd,  hari ini membeli kapal Anchor Handling Tug Supply (AHTS) bernilai RM109 juta daripada Muhibbah Marine Engineering Sdn Bhd (MME).

Saturday 12 September 2015

RUNTUHAN KREN DI MASJIDIL HARAM


MAKKAH, 11 September 2015 - Insiden Kren tumbang di Masjidil Haram berlaku pada hari Jumaat, jam 5.00 petang waktu Saudi.

Monday 7 September 2015

Selamat Menduduki UPSR 2015

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 7 SEPTEMBER 2015


Menjelang 8 September 2015 (Selasa), maka bermulalah episod menilai tahap pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar tahun 6 seluruh negara. Seramai 20,700 pelajar tahun 6 di negeri Terengganu turut terlibat dengan ujian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian ini akan berakhir pada 10 September 2015.

Sunday 6 September 2015

Berita pemecatan dalam Umno tidak berasas

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 6 SEPTEMBER 2015

Pemimpin Pas suka ada adakan berita palsu- tidak hiraukan amaran Allah dalam Al-Quran.

Kenapa orang Pas dan sekutunya yang suka kepada berita yang tidak sahih?

Itu bermakna mereka bukanlah muslim yang benar-benar berpegang kepada ayat-ayat Allah yang meminta siasat dulu sesuatu kebenaran berita.

Fit Malaysia Terengganu Paling Berjaya, Tarik 20,000 Penyertaan

AUTHOR: SURIATI ALI 5 SEPTEMBER 2015


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji kebijaksanaan Terengganu kerana mampu mengumpul kira-kira 20,000 peserta, terdiri pelbagai bangsa dan peringkat umur mengikuti Fit Malaysia 2015.

THT Pertahankan Kejuaraan Liga Hoki Malaysia 2015

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 5 SEPTEMBER 2015
KUALA TERENGGANU - 4 SEPTEMBER 2015 - Pemain THT meraikan kemenangan bersama penyokong apabila muncul juara Liga Hoki Malaysia selepas menewaskan KLHC dengan jaringan 5-4 pada perlawanan penentuan di Stadium Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini hari ini.  GAMBAR : AZLAN BAHRUM WARTAWAN : Rosalinda Said ( Utusan) / Shanika (Kosmo!)
*****
Kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan sorakan semangat lautan penyokong memberi azimat kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila berjaya mengekalkan kejuaraan di pentas final Liga Hoki Malaysia (MHL) 2015,  selepas menundukkan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC),  5-4 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), malam tadi.

Peranan Isteri Jaga Imej Suami

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 4 SEPTEMBER 2015


Isteri-Isteri wakil rakyat haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga imej suami mereka terutamanya pada masa kini yang penuh dengan cabaran terutamanya di media sosial.

455,929 Duduki UPSR Rabu Ini

AUTHOR: FAUZI MOHD 4 SEPTEMBER 2015


Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 September ini.

5 Penerbangan Kuala Nerus-Jeddah Bawa 1,394 Bakal Haji Tahun Ini

AUTHOR: FAUZI MOHD 4 SEPTEMBER 2015

Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyempurnakan pelepasan penerbangan terus jemaah haji Terengganu ke tanah suci di TH Hotel, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Seramai 270 orang bakal-bakal haji Terengganu menjadi kumpulan kedua berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini dengan penerbangan terus dari Kuala Nerus ke Jeddah.

Buang Sampah Merata Denda RM10

AUTHOR: FAUZI MOHD 4 SEPTEMBER 2015


Kerajaan Terengganu akan menguatkuasakan denda minima RM10 terhadap orang ramai yang membuang sampah merata-rata terutama di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Thursday 3 September 2015

UKOM Tambah Kemeriahan Final Grand Slam Joran 2015

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 2 SEPTEMBER 2015


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menambahkan kemeriahan pusingan akhir Grand Slam (GS) Joran dan Pertandingan Memancing Antarabangsa Tenggiri Terengganu 2015 apabila menyumbang sumbangan berupa buku dan ceneramata, pelbagai makanan ringan serta minuman untuk peserta.


Pemuda UMNO Terengganu Gesa Polis Siasat Tindakan Biadap Peserta Bersih

AUTHOR: FAUZI MOHD 2 SEPTEMBER 2015


Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dan 14 NGO membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan haram Bersih 4 berhubung tindakan biadab peserta perhimpunan itu memijak gambar pemimpin negara.

Wednesday 2 September 2015

Tindakan Tegas Terhadap Perbuatan Melampau Pijak Gambar Pemimpin – Razif

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 2 SEPTEMBER 2015


Jika perkara seumpama itu tidak dibendung dan diambil tindakan yang bersunguh-sungguh, pastinya generasi akan datang akan menjadi generasi kurang ajar dan biadap, kata Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2015


3 September 2015 (Khamis): Temu murni dan penyampaian cenderahati kepada adik-adik calon UPSR 2015, sekolah-sekolah dalam DUN Jerteh oleh YB. Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - ADUN Jerteh bermula di Sekolah Kebangsaan Alur Lintah, Jerteh (Jam 9.00 pagi dan diikuti sekolah-sekolah berikutnya).

MediaJertih

LPP Bina Kilang RM25 Juta Lonjak Hasil Padi

AUTHOR: NORAINI JUSOH 1 SEPTEMBER 2015


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu bakal  membina sebuah kilang padi di Hulu Besut dengan kos RM25 juta bagi melonjakkan lagi pengeluaran padi di negeri ini, tahun hadapan.

Sikap Mempercayai Dorong Koperasi Terus Maju

AUTHOR: PENGARANG 1 SEPTEMBER 2015


Semangat muafakat dan saling mempercayai antara masyarakat kampung dan pemimpin koperasi dapat memberi jaminan aktiviti perniagaan itu berjalan lancar.