Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) yang menempatkan 160 unit kediaman di Pulau Redang yang sedang dalam pembinaan dijangka siap akhir tahun depan.
*****
ADUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman, berkata projek perumahan yang melibatkan peruntukan RM28.5 juta itu membabitkan empat blok, setinggi lima tingkat merupakan projek perumahan terbesar di pulau itu.“Kemudahan asas yang lengkap tiga bilik dan dua bilik air itu cukup penting bagi penduduk kurang berkemampuan di Pulau Redang.
“Ada di antara mereka tinggal berhimpit dua hingga empat keluarga dalam sebuah kediaman ibu bapa kerana kesempitan wang untuk membina rumah sendiri,”katanya kepada Teganukita.
Katanya, menyedari hakikat itu, kerajaan membinanya walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi lebih tinggi berbanding pembinaan di tanah besar.
“Tempoh pembinaan juga memakan masa yang agak lama kerana terpaksa menunggu giliran kapal pengangkut yang turut digunakan di pulau lain menghantar bahan binaan.
“Harga subsidi yang ditawarkan berkemungkinan tidak melebihi RM120,000 setiap unit, bayaran bulan yang perlu dibayar pemilik akan ditentukan kemudian,”katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment